Assalamualaikum ! Fewittttt , welcome to nana jaffre blog,please enjoy when you read my blog . #ILOVEYOUMYBELOVED BLOGGER N FOLLOWERS ♥ PANDA ♥

Friday, 14 October 2011

::::::::::JATUH CINTA :::::::::

APA ITU CINTA ?

Mana mungkin manusia biasa seperti aku terlepas dari CINTA. CINTA adalah fitrah buat manusia. CINTA juga adalah satu anugerah yang amat bernilai dari Allah yang maha esa kepada hambanya. Kerana CINTA itu begitu indah dan ia sukar dilafazkan dengan kata-kata, ramai yang cuba membuat kesimpulan apakah makna sebenar CINTA  OR LOVE .
Saya kurang faham makna sebenar CINTA, saya kurang jelas mengenainya. Namun saya cuba mencari jawapan, saya cuba membuat kesimpulan berdasarkan pengalaman sendiri. Sebenarnya CINTA itu memiliki sifat-sifatnya yang tersendiri. CINTA tidak semestinya hanya kepada seorang insan bernama (KEKASIH). Tetapi CINTA itu merangkumi seluruh kehidupan. Dan dari pengamatan saya, CINTA itu sebenarnya adalah "AMANAH DARI ALLAH"
CINTA itu adalah (amanah)! Bukan nafsu, bukan kehendak dan bukan juga hak yang perlu dituntut. Apabila jatuh cinta kepada seseorang, kita rasa seolah-olah kita memerlukannya. Kita mahu memilikinya, kita mahu dia mendampingi kita dan kita mahu CINTA yang kita harapkan itu terbalas. Tidak salah mahu mendampingi orang yang disayangi, tidak salah mahu memiliki hati dan kasih sayang mereka. Namun bukan itu yang lebih utama, kerana orang yang kita cinta belum tentu mencintai kita, orang yang kita suka belum tentu menyukai kita. Jadi dengan rasa CINTA yang diamanahkan oleh Allah kepada kita ini, kita hulurkanlah apa saja yang terbaik buat mereka. Jika dapat memikat hatinya, Alhamdulillah. Tetapi jika tidak, usahlah mengungkit dan berdendam.
CINTA itu adalah amanah dan tanggungjawab! Apabila disebutkan sebagai tanggungjawab, ia bermakna kita perlu memberi, namun tidak semestinya menerima. Lindungi mereka, sayangi mereka, kasihi dan berikan yang terbaik kepada mereka,  sentiasa hadir ketika mereka memerlukan tanpa mengharapkan sebarang balasan melainkan redha dari pemberi amanah (Allah) semata-mata.

CORETAN CINTA TERPENDAM YANA :) <3
Kenapa hati ini bergetar
Saat ku melihat dia..
Kenapa dada ini berdebar
Saat ku menatap matanya..
Kenapa pikirku dia
Saat ku memikirkannya..
Adakah betul,
Aku suka dia..
Aku mencintainya..
Adakah betul,
Inikah yang namanya cinta..
Akan tetapi….
Ku tak mampu menyatakannya
Rasa yang bergolak di jiwa
Kepada seseorang wanita
Dengan penuh rasa cinta
Berharap tuk memilikinya
Sampai akhir dunia :) 
I'M WAITING FOR MY TRUE LOVE :)

No comments:

Post a Comment

Followers